ADFH header

Warga Desasiswa

Mohd Zain 1
Penggawa/
Pegawai Tadbir
En. Khairul Aswad bin Abd Aziz
 
En. Mohd Zuaril Akimi

Cik Fauziah Binti Rastam

BM EZA

Penolong Penggawa/
Pengawai Tadbir
En. Md Badro Hishan bin Ibrahim
 
 Penolong Penggawa/
Pegawai Belia Dan Sukan
En. Nasrullah bin Mohamed Farouk
 
 Penolong Penggawa/
Pegawai Tadbir
Pn Nurul Izzati binti Rozali
 
Puan Ina Rozana Musa
Penolong Pegawai Tadbir 
En.Rosli bin Ahmad
Cik Nor Iylia binti Zahari

Pn. Intan Baizura binti Ishak

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
DSC 0601 1
 
Penyelia Asrama
  Pn. Norsiah binti Othman DSC 0588 1  Norahafis bin Abdul Rahmad 1
 
Pembantu Awam
Othman    
Pembantu Awam
 Pembantu Awam
  DSC 0595 1
 
Pembantu Awam

  Directory staff

 

Misi dan Visi

MISI

Mentransformasikan penghuni ke arah mahasiswa yang berkredibiliti tinggi.

 

VISI

Desasiswa Aman Damai peneraju mahasiswa yang cemerlang dalam aspek kesukarelawaan, kepemimpinan dan kebudayaan ke arah merealisasikan mahasiswa HEBAT.

 

Sejarah Desasiswa

DESASISWA AMAN DAMAI

Sejarah Penggabungan

Desasiswa Aman Damai (AD) mendapat nama hasil penggabungan dua buah blok desasiswa iaitu Blok Aman dan Blok Damai. Kedua-dua blok tersebut pada asalnya adalah dua buah desasiswa yang berbeza yang kemudiannya dicantumkan untuk mengurangkan kos mengurus. Pada masa keputusan tersebut diambil, pihak universiti mengambil kira bahawa penggabungan desasiswa adalah cara terbaik untuk mengoptimumkan semua sumber yang ada baik dari segi kewangan, pentadbiran, sumber manusia dan keseimbangan kapasiti pelajar di setiap desasiswa di Universiti Sains Malaysia.

Sebelum 1 Mac 2019, desasiswa ini dikenali sebagai Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan, iaitu hasil gabungan dua buah desasiswa iaitu Desasiswa Aman Damai dan Desasiswa Fajar Harapan. Kedua-dua desasiswa tersebut digabungkan menerusi mandat daripada pihak universiti yang mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2016.

Setelah lebih dua tahun bergabung, pihak Pusat Perumahan dan Penginapan (HAC) telah membuat penstrukturan semula beberapa buah desasiswa untuk memantapkan lagi pentadbiran dan menyeimbangkan bilangan penghuni. Maka wujudlah semula Desasiswa Aman Damai.

Pengurusan Desasiswa

Penggawa pertama Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan merupakan seorang pentadbir yang sangat berpengalaman luas dalam skop pengurusan pelajar. Beliau ialah Encik Nazru bin Haji Ismail. Sebelum ini beliau merupakan Penggawa Desasiswa Aman Damai sebelum ia digabungkan dengan Desasiswa Fajar Harapan. Tempoh pentadbiran beliau di Desasiswa ADFH adalah sejak penggabungan Desasiswa ADFH sehingga bulan Mei 2017. Beliau seterusnya meneruskan perkhidmatan ke sebuah IPTS sebagai seorang pentadbir tertinggi di universiti tersebut.

Tugas Penggawa selepas itu dipangku sementara oleh Penolong Penggawa, Prof. Madya Dr. Mohammad Reevany Bustami dengan dibantu oleh tiga orang Penolong Penggawa dan kakitangan pentabiran yang lain.

Tuan Haji Mohd Zain bin Haji Dollah telah dilantik sebagai Penggawa Desasiswa Aman Damai (pada masa itu masih dikenali dengan Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan) mulai 1 Januari 2018 hingga 31 Oktober 2020 . Sebelum menjadi Penggawa Desasiswa Aman Damai, beliau adalah Penggawa di Desasiswa Indah Kembara. Selain menjadi Penggawa beliau merupakan pensyarah di Bahagian Filem dan Penyiaran, Pusat Pengajian Komunikasi, USM.

Mulai 1 November 2020, Encik Khairul Aswad Bin Abd Aziz telah dilantik sebagai Penggawa baharu menggantikan Tuan Haji Mohd Zain bin Haji Dollah. Beliau merupakan Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar.