Pengenalan
Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (MPDADFH)
Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (MPDADFH) ialah satu badan yang mewakili semua penghuni di Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan yang diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) dan dibantu oleh NYPD, Bendahari, Setiausaha yang dipilih. MPDADFH juga dibantu oleh Majlis Tertinggi MPD dan barisan Exco yang dipilh.
Tujuan MPD ditubuhkan
- Memupuk bakat kepimpinan penghuni pada peringkat desasiswa.
- Merancang dan melaksanakan projek-projek dan aktiviti-aktiviti pada peringkat desasiswa untuk manfaat semua penghuni.
- Menjadi penghubung kepada pihak pentadbiran desasiswa dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan penghuni
Peranan MPD
- Memastikan kebajikan penghuni desasiswa terjamin dari semua aspek
- Perantara antara penghuni dan penggawa
- Menyediakan program yang menarik dan sesuai untukk penghuni sertai (kepentingan mata MyCSD untuk pemilihan desasiswa)
- Melatih diri agar lebih berkepimpinan dan beramanah dlm menjalankan tugas
Dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya, MPD disediakan kemudahan seperti:
- Bilik Gerakan
- Bilik-bilik kemudahan melalui tempahan
- Peraalatan-peralatan lain yang berkaitan
- Peruntukan daripada yuran yang dibayar oleh setiap penghuni
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan oleh MPDADFH dan antaranya ialah bengkel akademik, aktiviti bersama masyarakat, aktiviti kesukanan, rekreasi dan kebudayaan untuk semua penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan. Kejayaaan setiap aktiviti yang dianjurkan of MPDADFH adalah bergantung kepada komitmen dan penglibatan semua penghuni desasiswa. Penghuni diminta untuk memberikan kerjasama yang sebaik mungkin kepada semua projek/aktiviti yang dianjurkan oleh MPDADFH.
Sumber: Buku Panduan Penginapan Pelajar Desasiswaq Fajar Harapan, Universiti Sains Malaysia