ADFH header

  • Kenali Kami
  • Setitis Tinta Penggawa Desasiswa

Setitis Tinta Penggawa Desasiswa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke laman web Desasiswa Aman Damai.

Desasiswa Aman Damai akan terus berusaha untuk menyediakan platform terbaik dalam aspek fasiliti penginapan,pembelajaran dan pengalaman kepada pelajar seiring dengan visi USM iaitu “Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok” agar setiap pelajar USM menjadi insan Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate, Thinking (H.E.B.A.T).

Saya yakin saudara-saudari akan menjadi warga penghuni Desasiswa Aman Damai yang HEBAT dan sebagai pemimpin kelestarian masa hadapan, seterusnya bersama-sama memartabatkan USM sebagai sebuah universiti yang terbaik di dalam negara dan juga di peringkat global. Jangan sesekali kita lupa atau terleka untuk  sentiasa bersyukur dan menghargai peluang berada di Desasiswa Aman Damai dan USM ini. Suka saya untuk ingatkan diri sendiri dan saudara saudari supaya berazam untuk mempertingkatkan usaha dan menggandakan langkah bagi persiapan diri dalam meneruskan perjalanan hidup ke arah pencapaian cemerlang bagi diri kita, Desasiswa Aman Damai dan juga universiti ini.

Gunakanlah peluang berada di Desasiswa Aman Damai dan pengajian di USM untuk meneroka ilmu seluasnya melangkaui garis sempadan melalui program diperingkat desasiswa, universiti di dalam dan luar  negara serta jaringan masyarakat . Menerokai ilmu dan pendedahan yang luas dapat mempersiapkan pelajar dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang penuh dengan elemen VUCA (Volatile, Uncertain, Complex, Ambiguous) dalam era abad ke-21 dan Revolusi Industri ke-4 (4IR). Teruskan usaha untuk memperkukuhkan jati diri dengan elemen pemikiran kritis, kemahiran penyelesaian masalah kepimpinan yang holistik, kemahiran berkomunikasi, berkolaborasi, kreatif dan inovasi, berintegriti dan moral terpuji.

 

Khairul Aswad Bin Abd Aziz

Penggawa

Desasiswa Aman Damai

 

#DareToBeDifferent

#ImpossibleIsNothing

#ToBeNo1