ADFH header

  • Desasiswaku
  • Peraturan Desasiswa

Peraturan Desasiswa & UNIVERSITI

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (Pindaan1 Ogos 2012)

 

Dasar Gangguan Seksual USM

 

Peraturan Desasiswa

Bahagian A - Salah Laku & Disiplin 

Bahagian A

Salah Laku Dan Disiplin Berkaitan Penginapan

BIL.

KESALAHAN

DENDA

1.

a)  Pelajar menetap yang membenarkan jantina lain memasuki biliknya atau berada dikoridor.
b)   Berkhalwat termasuk berdua-duaan.

Diserahkan kepada Bahagian hal Ehwal dan Pembangunan    Pelajar.

2.

Seorang pelajar menghalang/menahan seseorang pegawai, pekerja atau mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran oleh Universiti daripada memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas.

RM 50.00

3.

Seseorang pelajar menetap  berada di luar  kawasan desasiswa antara jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi.

RM 50.00

4.

a)   Seseorang pelajar bukan menetap berada di dalam kawasan kampus antara jam 12.00 tengah malam sehingga jam 5.00 pagi.
b)   Menginap tanpa kebenaran (squating) antara jam 12.00 tengah malam hingga 5.00 pagi.
c)  Pelajar yang membenarkan orang lain       menginap tanpa kebenaran (squating).

RM 50.00

5.

a)  Mengotor/mencacatkan sebarang       kelengkapan desasiswa.
b)  Mengacau, mengganggu atau menyebabkan kesusahan kepada orang lain, dalam menggunakan kemudahan-kemudahan di desasiswa.
c)  Merosak atau menghilangkan harta benda       desasiswa/universiti.

Membayar gantirugi berdasarkan kos kerosakan.

6.

a)  Menukar desasiswa tanpa kebenaran.
b)  Menukar bilik tanpa kebenaran.
c)  Menyewa bilik kepada orang lain.
d)  Pelajar yang menyewa bilik (c).

RM 50.00 dan kembali ke desasiswa/ke bilik asal.

Membayar kadar sewa harian sepanjang tempoh sewaan.

7.

a)   Tidak mengosongkan atau berpindah dari biliknya dan tidak memulangkan kunci dalam tempoh yang ditetapkan Universiti.
b)   Tidak mengosongkan bilik apabila tamat tempoh penginapan.

 Membayar gantirugi sewa harian berdasarkan jumlah hari yang berkenaan.

8.

a)   Membawa masuk makanan yang tidak tahan       lama/makanan yang tidak            dibenarkan/       diharamkan.
b)   Menyimpan atau meminum minuman keras      dalam bilik/di kawasan desasiswa.
c)   Memiliki atau mengedar dadah.
d)   Memiliki gambar-gambar lucah, bacaan yang      diharamkan atau audio visual yang       diharamkam.
e)   Memiliki atau menggunakan bahan-bahan       kimia atau ubat-ubatan yang membahayakan.

RM 50.00

Diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

9.

Memelihara binatang di dalam kawasan desasiswa.

RM 50.00

10.

Melakukan perbuatan yang merbahayakan  seperti memanjat bumbung/tebing tingkap.

RM 50.00

11.

Tidak memadamkan lampu/kipas angin semasa meninggalkan bilik.

RM 50.00

12.

Tidak menggunakan cadar, sarung bantal pada setiap masa atau menggunakan cadar/sarung bantal yang kotor.

RM 50.00

13.

Bermain judi/permainan yang ada unsur pertaruhan.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

14.

Melakukan amalan pemujaan di dalam bilik.

Nasihat atau serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

15.

Melonco (pada minggu suaikenal) atau melakukan penderan fizikal dan mental pada bila-bila masa.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

16.

Memberi maklumat palsu tentang diri sendiri atau gagal memberi maklumat yang diminta oleh Penggawa atau wakilnya.

RM 50.00

17.

Memiliki atau menerbitkan bahan bercetak yang tidak dibenarkan oleh undang-undang atau boleh menimbulkan permusuhan kaum.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

18.

Mencuri/melakukan peras ugut/melakukan gangguan seksual.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

19.

Mencederakan orang lain tanpa sebab munasabah.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

20.

Bergaduh, bertumbuk atau menganggotai  kumpulan haram.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

21.

Gagal atau enggan memberi maklumat kerkenaan sesuatu perbuatan jenayah atau terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

22.

Mengendap atau berkelakuan mencurigai di kawasan jantina lain.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

23.

a)  Meletak kenderaan di dalam bangunan atau       di tempat yang tidak dibenarkan atau       menghalang laluan.
b)  Menggunakan kenderaan dengan tidak       mematuhi peraturan Akta Kenderaan Jalan       Raya 1987.

RM 50.00

24.

Memainkan alat muzik/membuat bising selepas jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi dan menganggu ketenteraman.

RM 50.00

25.

Mengadakan aktiviti sosial dalam blok tanpa kebenaran

RM 50.00

26.

a)   Memasak di dalam bilik atau mana-mana       tempat di desasiswa.
b)   Penggunaan `nyalaan api’ (naked flame) di       dalam bangunan.
c)   Membuat ujian dengan menggunakan bahan       kimia merbahaya atau mudah terbakar di       dalam bilik atau desasiswa.

RM 50.00

27.

Tidak mengemas atau membersihkan bilik. 

RM 50.00

28.

Merokok di kawasan desasiswa.

RM 50.00 dan diserahkan kepada klinik anti merokok.

29.

Melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam kampus.

Nasihat/amaran/denda
RM 50.00

Catatan:  Bagi setiap kesalahan kedua yang dilakukan, kes akan diserah ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) untuk tindakan selanjutnya.

 

Bahagian B - Pemilikan & Penggunaan Barangan Terlarang  

Bahagian B 

BIL.

KESALAHAN

DENDA

1

Memiliki kunci pendua atau memiliki kunci pihak lain tanpa sebab yang munasabah.

RM50.00

2

Memiliki/menggunakan alat elektrik yang tidak dibenarkan oleh pihak desasiswa seperti alat pemanas air (water heater), peti sejuk, periuk nasi, televisyen, mesin jahit dan sebagainya.

RM50.00

3

Memilliki alat-alat senjata atau alat yang merbahaya seperti buluh runcing, rantai basikal, rantai motosikal, serpihan besi, parang, golok dan sebagainya.

Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar.

Catatan:  Bagi setiap kesalahan kedua yang dilakukan, kes akan diserah ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) untuk tindakan selanjutnya.

 

Sumber : http://p3u.usm.my/index.php/dasar-polisi/pelajar/peraturan-desa