Bilik Penginapan
Bilik Penginapan
Bilik Penginapan
No. Telefon : +640-653 3203
No. Faksimile : +604-656 6571
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (Pindaan1 Ogos 2012)
Peraturan Desasiswa
Bahagian A - Salah Laku & Disiplin
Bahagian A
Salah Laku Dan Disiplin Berkaitan Penginapan
BIL. |
KESALAHAN |
DENDA |
1. |
a) Pelajar menetap yang membenarkan jantina lain memasuki biliknya atau berada dikoridor. |
Diserahkan kepada Bahagian hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
2. |
Seorang pelajar menghalang/menahan seseorang pegawai, pekerja atau mana-mana pihak yang telah diberi kebenaran oleh Universiti daripada memasuki bilik pelajar kerana menjalankan tugas. |
RM 50.00 |
3. |
Seseorang pelajar menetap berada di luar kawasan desasiswa antara jam 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi. |
RM 50.00 |
4. |
a) Seseorang pelajar bukan menetap berada di dalam kawasan kampus antara jam 12.00 tengah malam sehingga jam 5.00 pagi. |
RM 50.00 |
5. |
a) Mengotor/mencacatkan sebarang kelengkapan desasiswa. |
Membayar gantirugi berdasarkan kos kerosakan. |
6. |
a) Menukar desasiswa tanpa kebenaran. |
RM 50.00 dan kembali ke desasiswa/ke bilik asal. Membayar kadar sewa harian sepanjang tempoh sewaan. |
7. |
a) Tidak mengosongkan atau berpindah dari biliknya dan tidak memulangkan kunci dalam tempoh yang ditetapkan Universiti. |
Membayar gantirugi sewa harian berdasarkan jumlah hari yang berkenaan. |
8. |
a) Membawa masuk makanan yang tidak tahan lama/makanan yang tidak dibenarkan/ diharamkan. |
RM 50.00 Diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar |
9. |
Memelihara binatang di dalam kawasan desasiswa. |
RM 50.00 |
10. |
Melakukan perbuatan yang merbahayakan seperti memanjat bumbung/tebing tingkap. |
RM 50.00 |
11. |
Tidak memadamkan lampu/kipas angin semasa meninggalkan bilik. |
RM 50.00 |
12. |
Tidak menggunakan cadar, sarung bantal pada setiap masa atau menggunakan cadar/sarung bantal yang kotor. |
RM 50.00 |
13. |
Bermain judi/permainan yang ada unsur pertaruhan. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
14. |
Melakukan amalan pemujaan di dalam bilik. |
Nasihat atau serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
15. |
Melonco (pada minggu suaikenal) atau melakukan penderan fizikal dan mental pada bila-bila masa. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
16. |
Memberi maklumat palsu tentang diri sendiri atau gagal memberi maklumat yang diminta oleh Penggawa atau wakilnya. |
RM 50.00 |
17. |
Memiliki atau menerbitkan bahan bercetak yang tidak dibenarkan oleh undang-undang atau boleh menimbulkan permusuhan kaum. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
18. |
Mencuri/melakukan peras ugut/melakukan gangguan seksual. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
19. |
Mencederakan orang lain tanpa sebab munasabah. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
20. |
Bergaduh, bertumbuk atau menganggotai kumpulan haram. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
21. |
Gagal atau enggan memberi maklumat kerkenaan sesuatu perbuatan jenayah atau terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
22. |
Mengendap atau berkelakuan mencurigai di kawasan jantina lain. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
23. |
a) Meletak kenderaan di dalam bangunan atau di tempat yang tidak dibenarkan atau menghalang laluan. |
RM 50.00 |
24. |
Memainkan alat muzik/membuat bising selepas jam 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi dan menganggu ketenteraman. |
RM 50.00 |
25. |
Mengadakan aktiviti sosial dalam blok tanpa kebenaran |
RM 50.00 |
26. |
a) Memasak di dalam bilik atau mana-mana tempat di desasiswa. |
RM 50.00 |
27. |
Tidak mengemas atau membersihkan bilik. |
RM 50.00 |
28. |
Merokok di kawasan desasiswa. |
RM 50.00 dan diserahkan kepada klinik anti merokok. |
29. |
Melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam kampus. |
Nasihat/amaran/denda |
Catatan: Bagi setiap kesalahan kedua yang dilakukan, kes akan diserah ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) untuk tindakan selanjutnya.
|
Bahagian B - Pemilikan & Penggunaan Barangan Terlarang
Bahagian B
BIL. |
KESALAHAN |
DENDA |
1 |
Memiliki kunci pendua atau memiliki kunci pihak lain tanpa sebab yang munasabah. |
RM50.00 |
2 |
Memiliki/menggunakan alat elektrik yang tidak dibenarkan oleh pihak desasiswa seperti alat pemanas air (water heater), peti sejuk, periuk nasi, televisyen, mesin jahit dan sebagainya. |
RM50.00 |
3 |
Memilliki alat-alat senjata atau alat yang merbahaya seperti buluh runcing, rantai basikal, rantai motosikal, serpihan besi, parang, golok dan sebagainya. |
Serah kepada Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. |
Catatan: Bagi setiap kesalahan kedua yang dilakukan, kes akan diserah ke Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) untuk tindakan selanjutnya. |
Sumber : http://p3u.usm.my/index.php/dasar-polisi/pelajar/peraturan-desa
Warisan Farhana : Kedai Makanan Ringan
AA-Corner : Indian Vegetarian Food
Ibn Cafe : Kedai Minuman
Kedai Kuih Muih
Gelanggan badmintan Tempat duduk berteduh
Kemudahan mesin basuh Kemudahan seterika
Ampaian baju berbumbung Dispenser air
Kawasan parkir motosikal berbumbung Kawasan duduk bersebelahan kafeteria
Kemudahan pantri Surau