Pembubaran MPDADFH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 12 SEPTEMBER 2019 - Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (MPDADFH) sidang akademik 2018/2019 dengan secara rasminya telah dibubarkan dalam suatu perjumpaan yang telah diadakan pada hari Khamis yang lepas. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Penggawa, Encik Zain, para Penolong Penggawa, Encik Zuaril Hakimi, Puan Ezzalena dan Cik Fauziah serta semua Exco dan Penolong Exco MPDADFH. Berikutan ketiadaan Yang diPertua, Nurina bt Soib yang kini sedang mengikuti program pertukaran pelajar di German, Setiausaha Agung MPDADFH iaitu Fatimah binti M. Usman telah mengambil alih tugas beliau bagi mempengerusikan majlis. Perjumpaan ini kemudiannya diakhiri dengan penyerahan saguhati kepada Penggawa serta Penolong-Penolong Penggawa MPDADFH.
Nukilan: Nurul Asma Aina binti Abdul Salleh