ADFH header

PAKSI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 21 APRIL 2019 - Program yang dinanti-nantikan iaitu Festival Pakat Singgah Aman Damai telah dijayakan bermula dari 19 hingga 21 April 2019 bertempat di Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan. Sepanjang program ini berlangsung, perkarangan Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan telah dibanjiri dengan ramai pengunjung yang datang bagi menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan serta bagi mendapatkan makanan dan minuman yang dijual di gerai-gerai jualan. Aktiviti-aktiviti menarik seperti Sukan Rakyat, Beauty Talk, Ragaman ADFH, Belia Talk, Open Karaoke, Bola kampung, Indoor Games dan Pertandingan Mewarna telah mendapat sambutan hangat daripada para pengujung. Selain itu, para pengunjung juga tertarik dengan tema yang diketengahkan terutamanya pintu gerbang yang tersergam indah bagi menyambut kedatangan mereka. Kejayaan program ini telah memberi impak yang besar kepada kesemua ahli jawatankuasa PAKSI yang teleh bertungkus-lumus bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Jutaan terima kasih serta setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anda semua. 

Nukilan: Nurul Asma Aina binti Abdul Salleh