Night Walk
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 29 MAC 2019 - Program Night Walk telah dijayakan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (MPDADFH). Program yang menjadikan "The Rising Star" sebagai tagline program telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar dan juga orang awam. Peserta yang menyertai program ini berpendaat bahawa mereka memilih untuk menyertai program ini kerana tertarik akan keunikan yang ditawarkan yang ternyata berbeza dengan program-program yang biasa dianjurkan di USM. Dengan menyertai program ini, para peserta berpeluang meluangkan masa bersama kenalan mereka sambil menikmati permandangan malam di sekitar USM. Di samping itu, pelbagai checkpoint menarik yang menanti mereka di sepanjang trek perjalanan. Hasil daripada respon para peserta, ramai yang menyuarakan hasrat agar program ini diadakan secara berkala kerana mereka berminat untuk menyertainya lagi.
Nukilan : Nurul Asma Aina binti Abdul Salleh