ADFH header

Gotong-Royong Perdana

gotong royong

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 24 FEBRUARI 2019 - Satu gotong - royong perdana desasiswa ADFH telah diadakan untuk membersihkan kawasan sekitar desasiswa Aman Damai Fajar Harapan. Pada Jam 10 pagi, seramai 206 peserta yang melibatkan diri berkumpul di Kafe Aman untuk memulakan aktiviti. Selain itu, pihak MPD ADFH turut terlibat menjalankan aktiviti ini dengan membersihkan Dewan Aman, Bilik Gerakan Aman, Bilik Mesyuarat Damai dan menghias papan-papan kenyataan yang terdapat di Kafe Aman dan Kafe Damai. 148 orang daripadanya penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan dan 58 orang lagi adalah Exco dan Pembantu Exco MPD ADFH.