ADFH header

Forum Bicara Hati 2.0

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 12 Disember 2018 – Forum Bicara Hati 2.0 yang bertemakan “Kelainan Sebuah Kebolehan” telah dilangsungkan bertempat di Dewan Kuliah V pada hari Rabu. Forum yang bermanfaat ini sedikit sebanyak membuka mata para hadirin untuk lebih menghargai dan menerima golongan kelainan upaya ini yang berada di sekeliling kita. Pakar perubatan rehabilitasi, Dr Wan Rozita Wan Yusoff telah menerangkan jenis-jenis kecatatan golongan kelainan upaya, kesan dan cara yang sesuai diberikan kepada golongan ini. Saudara Noorilham bin Ismail, pemenang pingat emas Persatuan Sejarah Malaysia yang juga merupakan golongan kelainan upaya telah berkongsi kisah hidup serta pengalaman beliau sepanjang menuntut di Universiti Sains Malaysia. Berharap segala perkongsian yang dikongsi oleh kedua orang panel jemputan Forum ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada hadirin.

 

 

Nukilan : 

Fatin Nur Athirah binti Azhar