ADFH header

Firedrill

PADANG AMAN, 27 November 2018 – Pihak Jabatan Keselamatan telah mengadakan satu latihan kebakaran di Desasiswa Aman pada kira-kira jam 12:30 pagi yang melibatkan Blok K01, K02, K03 dan K04. Dalam masa yang singkat, penghuni setiap blok turun berkumpul di Padang Aman dan setiap Ketua Blok dan Ketua Aras memainkan peranan untuk memastikan kesemua penghuni blok turun dan berada dalam keadaan selamat. Pihak Jabatan Keselamatan dan Penolong Penggawa ADFH, Encik Zuaril Akimi Bin Shaari memberikan taklimat berkaitan tindakan keselamatan yang harus dilakukan setiap penghuni ADFH ketika berlakunya kebakaran.

 

 

Nukilan : 

Fatin Nur Athirah binti Azhar