ADFH header

Projek Estetika Mural (Hari Kedua)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 25 NOVEMBER 2018 – Hari kedua Projek Estetika Mural diteruskan dengan mengecat dinding blok penghuni lelaki iaitu di blok K01. Aktiviti ini telah bermula pada jam 2 petang dengan penglibatan seramai 8 orang penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan. Kehadiran mereka telah melancarkan dan mempercepatkan proses projek ini. Hasilnya, dinding blok K01 berjaya dicat sepenuhnya. Projek ini bakal diteruskan lagi dengan melakar lukisan yang telah dipilih di dinding-dinding blok yang telah terpilih.

Nukilan : Fatin Nur Athirah binti Azhar

Jurufoto : Nur Aina Hanin binti Abdul Mu'minin