ADFH header

  • MPD ADFH
  • Aktiviti MPD
  • Mesyuarat Kali Kedua Bersama Pihak Pengurusan Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan

Mesyuarat Kali Kedua Bersama Pihak Pengurusan Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 14 NOVEMBER 2018 – Perjumpaan Penggawa dan Penolong Penggawa bersama barisan Majlis Tertinggi, Ketua Exco dan Exco ADFH kali ke-2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Damai pada hari rabu bermula 8:30 malam. Perjumpaan kali ke-2 ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Penggawa dan diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat kali pertama. Perjumpaan ini juga diadakan untuk melaporkan laporan terkini projek MPDADFH daripada setiap pengarah projek. Mesyuarat ini juga disertakan dengan penambahbaikkan dan menyelesaikan masalah hal-hal berbangkit berkaitan kebajikan penghuni. Tidak ketinggalan juga laporan kewangan MPDADFH yang telah dibentangkan oleh Bendahari Kehormat.

 

WhatsApp Image 2018 11 27 at 8.00.35 PM

WhatsApp Image 2018 11 27 at 8.00.35 PM 1

WhatsApp Image 2018 11 27 at 8.00.35 PM 2

WhatsApp Image 2018 11 27 at 8.00.35 PM 4

WhatsApp Image 2018 11 27 at 8.00.35 PM 5

 

 

Nukilan : Fatin Nur Athirah binti Azhar

Jurufoto : Nur Aina Hanin binti Abdul Mu'minin