ADFH header

Salam Maulidur Rasul 1440 Hijrah

Universiti Sains Malaysia, 20 November 2018 - Tarikh/Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Sehubungan dengan itu, Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (MPDADFH) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1440 Hijrah kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bertepatan dengan Tema Maulidur Rasul tahun 2018 iaitu “ Menyantuni Umat Membawa Rahmat” MPDADFH menyeru semua pelajar dan masyarakat di luar sana agar sama-sama kita menghormati satu sama lain dengan menjauhi sikap yang boleh memburukkan agama Islam dan menimbulkan permusuhan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Marilah kita sama-sama contohi sifat dan akhlak mulia Baginda Muhammad SAW yang sememangnya teladan yang terbaik dan aplikasikannya dalam kehidupan seharian kita.

Poster Maulidur Rasul 1