ADFH header

  • MPD ADFH
  • Aktiviti MPD
  • Bengkel Pengurusan Strategik Organisasi MPD Aman Damai Fajar Harapan Sidang Akademik 2018/2019

Bengkel Pengurusan Strategik Organisasi MPD Aman Damai Fajar Harapan Sidang Akademik 2018/2019

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 13 OKTOBER 2018 - Bengkel Pengurusan Strategi Organisasi bersama pihak pengurusan Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan telah berlangsung di Dewan Harapan, Universiti Sains Malaysia. Bengkel ini melibatkan semua barisan kepimpinan ADFH bagi sidang akademik 2018/2019. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai skop kerja yang perlu dijalankan oleh barisan kepimpinan yang baru dilantik. Penggawa dan Penolong-Penolong Penggawa adalah antara yang bertanggungjawab memberi penerangan mengenai perkara tersebut. Tuan Haji Mohd Zain iaitu Penggawa ADFH telah menyentuh mengenai aspek kepimpinan dalam sesebuah organisasi manakala Penolong Penggawa iaitu Encik Muhd Zuaril Hakimi telah menerangkan mengenai pengurusan projek. Selain itu, Puan Ezaleena pula telah menerangkan mengenai penulisan surat rasmi dan protokol majlis manakala Cik Fauziah menyentuh tentang perihal belanjawan. Rata-rata pelajar yang menghadiri bengkel tersebut sangat berpuas hati dengan bengkel tersebut kerana banyak ilmu yang baharu telah berjaya diperoleh dan sekali gus telah membuka mata mereka mengenai cara pengurusan organisasi yang perlu dilaksanakan nanti.

DSC 0064

DSC 0120

DSC 0118

DSC 0075

 

DSC 0116

DSC 0130

Galeri gambar

Nukilan : Nurul Asma Aina binti Abdul Salleh

Jurufoto : Nurul Izzati binti Mohamad Rodi