ADFH header

Majlis Watikah Pelantikan MPDADFH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 14 OKTOBER 2018 - Majlis Watikah Pelantikan MPDADFH telah diadakan di Dewan Harapan, Universiti Sains Malaysia. Majlis ini melibatkan barisan Majlis Tertinggi, Exco, Penolong Exco dan Ketua Blok yang baharu sahaja dipilih untuk menjawat jawatan bagi sidang akademik 2018/2019. Turut hadir bersama adalah Penolong-Penolong Penggawa yang bertindak merasmikan majlis tersebut.

Objektif majlis ini adalah untuk menanam semangat dalam diri setiap individu yang baru sahaja dilantik untuk menyumbang jasa dan bakti kepada Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan bertepatan dengan ikrar yang dilafazkan semasa majlis berlangsung. Semoga barisan kepimpinan yang dilantik ini dapat sama-sama menggembleng tenaga dan memacu MPDADFH ke arah kejayaan. 

DSC 0150

DSC 0164

DSC 0181

Galeri gambar

Nukilan: Nurul Asma Aina binti Abdul Salleh

Photograher : Muhammad Akmal Akid bin Rahmad

                    Nurul Asma Aina binti Abdul Salleh