ADFH header

  • MPD ADFH
  • Kata Alu-aluan YDP

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA

YDP NURINA IZZATI BINTI MOHMAD SOIB

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Saya Sayang USM.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan ahli Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (MPDADFH) Sidang Akademik 2018/2019 kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menerajui salah satu organisasi kepemimpinan pelajar di Universiti Sains Malaysia. Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi, Exco dan Pembantu Exco MPDADFH yang telah terpilih untuk bersama-sama menggerakkan program desasiswa serta bertindak sebagai suara penghubung antara penghuni dengan pihak pengurusan.

Selaras dengan slogan desasiswa ADFH iaitu To Be Number One, Dare to Be Different dan Impossible is Nothing, saya berharap agar semua penghuni terutama MPDADFH dapat menyerlahkan potensi diri masing-masing dalam pelbagai bidang kepimpinan dan kesukarelawanan berlandaskan matlamat universiti yang ingin melahirkan mahasiswa H.E.B.A.T. Saya juga berharap agar pelaksanaan program-program yang dianjurkan oleh MPDADFH dapat memberikan impak yang tinggi kepada penghuni untuk jangka masa yang panjang.

Selain berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan akademik, zaman di universiti juga merupakan waktu yang sesuai untuk mahasiswa menimba pengalaman, mencungkil kemahiran dan menyerlahkan kredibiliti diri ke tahap maksimum. Namun begitu, tiada kejayaan yang mampu diperoleh dengan mudah. Saya berharap agar semua penghuni terutama MPDADFH mampu menterjemahkan pengalaman yang diperoleh dalam aspek yang positif, di samping sentiasa bergerak ke hadapan untuk memajukan diri, organisasi dan masyarakat.

Akhir kata, saya berharap agar keluarga MPDADFH dapat menggalas amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan dengan efektif serta menjadi rujukan dan suara penyampai yang mewakili penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan. Semoga segala urusan kita sentiasa mendapat keberkatan dan dipermudahkan Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nurina Izzati Binti Mohmad Soib

Yang Dipertua

Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan

Universiti Sains Malaysia

Sidang Akademik 2018/2019