ADFH header

Temasya Olahraga Tahunan Ke-45

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 28 APRIL 2019 - Temasya Olahraga Tahunan (TOT) ke-45 sidang akademik 2018/2019 telah diadakan dengan jayanya melibatkan kesemua Desasiswa termasuk daripada Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan. Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (ADFH) telah menurunkan atlet-atlet terbaik yang dimiliki dan telah berjaya membawa pulang beberapa buah pingat. Kejayaan paling membanggakan kali ini adalah apabila kita telah berjaya merangkul dua kejayaan terbesar iaitu Maskot Mesra serta Khemah Terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung pada temasya kali ini.  

Nukilan: Nurul Asma Aina binti Abdul Salleh