ADFH header

Debat Piala Naib Canselor (DPNC)

KAMPUS KEJURUTERAAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 7, 8 & 9 Disember 2018 – Debat Piala Naib Canselor (DPNC) bagi Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan (ADFH) telah diwakili oleh 5 orang peserta iaitu Nur Izwani Bt Zulkifli ( Pelajar Tahun 3 ), Ahmad Naim Bin Mohamed Salleh ( Peserta Tahun 3 ), Ahmad Aizat Zahier Bin Zulkifli ( Peserta Tahun 1 ), Lavaniya a/p Ramachandran ( Peserta Tahun 1 ) dan Nurham Intan Farahida Bt Hamilludin ( Peserta Tahun 1 ). Selain itu, ADFH juga telah menghantar wakil bagi Yang DiPertua Dewan dan penjaga masa. Yang Dipertua Dewan terdiri daripada Nur Syafiqah binti Zun Ramli (pelajar tahun 1) dan Maisarah Amanina binti Adeli (pelajar tahun 1) manakala bagi penjaga masa pula diwakili oleh Christianty Marsittauli Siahan (peserta tahun 1).

Dua usul daripada empat usul yang diperdebatkan telah dimenangi oleh Peserta DPNC ADFH. Ahmad Naim Bin Mohamed Salleh yang memegang jawatan Ketua Pembangkang berjaya mendapatkan gelaran Anugerah Pendebat Terbaik pada sidang keempat. Tidak dilupakan juga kepada pengurus DPNC ADFH iaitu Nur Husnina Irdiana binti Mohd Romzi dan beberapa ahli yang turut sama bertungkus lumus membantu secara langsung atau pun tidak. Di samping itu, Penggawa dan Penolong Penggawa ADFH, Tuan Haji Mohd Zain Bin Dollah dan Puan Ezaleena Bt Mohd Khalid sudi hadir ke Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal untuk memantau para peserta.

Nukilan : Fatin Nur Athirah binti Azhar