ADFH header

Majlis Penyerahan Bendera Sukad

DEWAN AMAN, 6 Disember 2018 – Majlis Penyerahan Bendera SUKAD telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Aman. Majlis Penyerahan Bendera ini telah dihadiri oleh Penggawa, Penolong Penggawa, MT, Exco, Pembantu Exco dan atlet-atlet SUKAD ADFH yang telah terpilih. Saudara Amir Sufiyan, Pengarah Projek SUKAD telah memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan kata-kata semangat kepada para atlet supaya dapat melakukan yang terbaik kepada desa ADFH. Beliau turut mengatakan harapannya untuk atlet SUKAD dapat membawa pingat emas di samping dapat menaikkan nama Desasiswa Aman Damai Fajar Harapan. Tuan Haji Mohd Zain Bin Dollah tidak ketinggalan memberikan ucapan beliau dengan pengharapan atlet SUKAD dapat memberi yang terbaik untuk desa.

Nukilan : Fatin Nur Athirah binti Azhar