ADFH header

  • MPD ADFH
  • Aktiviti MPD
  • Kem Kepimpinan Exco, Pembantu Exco & Komuniti Blok

Kem Kepimpinan Exco, Pembantu Exco & Komuniti Blok

KEM AYER HITAM, PERAK, 1 & 2 Disember 2018 – Kem Kepimpinan Exco, Pembantu Exco & Komuniti Blok telah diadakan selama dua hari bertempat di Kem Ayer Hitam, Batu Kurau, Perak. Majlis Tertinggi MPDADFH bertindak sebagai fasilitator telah memenuhi slot dengan pelbagai aktiviti dan berjaya menarik fokus para peserta. Selaku jurulatih Kem Ayer Hitam, Encik Shaarani M Zolkarnain telah banyak memberi bantuan dan menjadi juruarah sepanjang kem ini berlangsung. Kem ini lebih tertumpu kepada aktiviti luar seperti aktiviti abseiling, berkayak dan night walk pada hari pertama. Hari kedua, dari waktu pagi sehingga waktu tengah hari para peserta telah dibawa menerokai keindahan alam dan berjaya menjejakkan kaki di kawasan air terjun. Panorama alam yang indah amat menenangkan fikiran dan segala penat semasa mendaki Bukit Hilang. Majlis Penutupan Kem Kepimpinan telah dirasmikan oleh Penggawa Aman Damai Fajar Harapan, Tuan Haji Mohd Zain Bin Dollah pada jam 2:30 petang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penggawa yang telah turun padang semasa kem ini berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada pihak kem, pengarah projek serta ajk-ajk kem yang terlibat.

Nukilan : 

Fatin Nur Athirah binti Azhar